Terimalah taubatku
satu doa yang diambil dari portal ukhuwwah yang disumbangkan oleh ikhwan_1403
Ya Allah dalam aku menyusuri leliku kehidupan duniawi ini..terasa betapa biadapnya aku terhadap-Mu .....sering saja lalai dalam mengingati-Mu... Ya Allah dengarlah bisikan hamba-Mu ini ..adakah kasih dan cinta-Mu masih bersamaku.. walaupun kutahu.. kemurkaan-mu terlebih layak untukku lantaran penderhakaan yang kulakukan...
Wahai Tuhan yang mencipta langit dan bumi. Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Tuhan dan Penguasa segala sesuatu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau. Aku memohon perlindungan Engkau dari kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya.Wahai Tuhan, aku memohon daripada Engkau kemaafan dan kesejahteraan dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan harta bendaku.
Wahai Tuhan, tutuplah keaibanku. Selamatkanlah aku dari ketakutan. Aku mohon berlindung dengan-Mu daripada dikhianati.
Wahai Allah, Aku hanya sanggup menerima ketentuan daripada-Mu sahaja . Janganlah orang lain dapat menguasaiku selain Engkau. Janganlah Engkau cabut perlindungan-Mu daripadaku. Janganlah lupakan aku daripada mengingati-Mu dan janganlah masukkan aku dalam golongan yang lalai.
Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan selain Engkau. Engkau jadikan diriku. Aku hanyalah hamba-Mu. Aku berusaha seberapa daya untuk melaksanakan janji-Mu. Aku memohon berlindung kepada-Mu daripada keterlanjuran perbuatanku.
Wahai Tuhan, terlalu banyak nikmat-Mu kepada ku, terlalu banyak dosaku maka ampunilah dosaku. Tiada dapat yang mengampuni dosaku selain Engkau.
Wahai Tuhan, berikanlah kesihatan dan kesejahteraan kepada tubuh badanku, pendengaranku dan penglihatanku. Tiada Tuhan selain Engkau.
Wahai Tuhan, aku memohon keredhaan dari Engkau selepas sesuatu hukuman, kehidupan yang tenteram selepas mati, pemerhatian yang lazat kepada wajah-Mu yang mulia, rasa asyik untuk menemui-Mu tanpa sebarang kesempitan yang menyusahkan dan bukan fitnah yang menyesatkan.
Wahai Tuhan, aku memohon berlindung kepada Engkau daripada melakukan kezaliman dan dizalimi, melampau dan dilampaui. Atau melakukan kejahatan yang tidak Engkau ampuni.Wahai Tuhan, aku memohon daripada Engkau ditetapkan segala dalam urusan, kesungguhan dalam kecerdikan. Aku mohon daripada Engkau untuk mensyukuri nikmat-Mu, sempurna beribadat. Aku mohon daripada Engkau hati yang khusyuk dan sejahtera, akhlak yang lurus, lidah yang benar, amalan yang diterima. Aku mohon daripada Engkau kebaikan yang Engkau ketahui. Dan aku memohon berlindung kepada Engkau dari kejahatan yang engkau ketahui. Sesunggi=uhnya Engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui.
Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku sama ada yang akan datang atau yang telah lepas, yang tersembunyi, atau yang nyata. Engkau lebih mengetahui daripadaku. Sesungguhnya Engkau yang Awal dan Engkau yang Akhir. Engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Wahai Tuhan. aku memohon daripada Engkau Iman yang tidak goyah, nikmat yang tidak kehabisan, sejuk panjangan yang berpanjangan.
Wahai Tuhan, aku memohon daripada Engkau segala kebaikan, meninggalkan segala kejahatan, mengasihi orang miskin. Aku memohon daripada Engkau kasih sayang-Mu, mengasihi orang yang mengasihi-Mu, mengasih semua amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada mengasihi-Mu. Aku memohon supaya Engkau menerima taubatku, mengampuni dan merahmatiku. Apabila Engkau mahu menurunkan fitnah terhadap sesuatu kaum, maka peliharalah aku dari sebarang fitnah.
Wahai Tuhan, demi ilmu-Mu tentang perkara ghaib, kekuasaan-Mu atas segala makhluk, hiduplkanlah aku dengan kehidupan yang baik untukku, matikanlah dengan kematian yang baik untukku. Aku mohon daripada-Mu rasa takut kepada-Mu di waktu yang ghaib dan nyata, berlaku adil semasa reda dan marah, bersederhana semasa kaya dan miskin, rasa lazat memandang wajah-Mu, rindu menemui-Mu. aku memohon berlindung daripada-Mu daripada kesempitan yang menyusahkan lagi menyesatkan.Wahai Tuhan, hiasilah kami dengan perhiasa Iman. Jadikanlah kami petunjuk yang benar.
Wahai Tuhan, anugerahlah kepada kami rasa takut kepada-Mu yang menghindari kami daripada melakukan maksiat, ketaatan kepada-Mu, keyakinan yang menolong kami menghadapi kesusahan-kesusahan dunia dan akhirat.Wahai Tuhan, penuhilah wajah kami dengan sifat malu. Sifat malu kepada-Mu. Janganlah hati kami takut dan gentar kepada-Mu. Letakkanlah dalam hati kami keagungan-Mu agar seluruh anggota kami tunduk berbakti kepada-Mu. Jadikanlah hati kami mencintai-Mu lebih baik daripada segala-galanya. Janganlah hati kami takut kepada-Mu lebih daripada segalanya.Wahai Tuhan, jadikanlah permulaan hari ini kebaikan bagi kami, pertengahannya kaemenangan dan akhirnya kejayaan.
Wahai Tuhan jadikanlah permulaannya rahmat, pertengahannya nikmat, penghujungnya kemuliaan dan keampunan. Seagala puji bagi Allah yang segala sesuatu tundujk kepada keagungan-Ny, yang hina segala sesuatu kerana kehebatan-Nya, yang tunduk segala sesuatu kepada kerajaan-Nya. Yang berserah segala sesuatu kepada kekuasaan-Nya. Segala puji bagi Allah yang tenang segala sesuatu kerana kehebatan-Nya, lahir segala sesuatu kerana kebesaran-Nya.
Wahai Tuhan, dengan kekuasaan-Mu ke atasku, terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Dengan kelembutan-Mu terhadapku, maafkanlah kesalahanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. Dengan pengatahuan-Mu terhadapku, kasihanilah daku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan kekuasaan-Mu terhadapku, jadikanlah aku dapat menguasai nafsuku, jangan biarkan ia mengasaiku. Sesungguhnya Engkau adalah Raja yang Maha Hebat. Maha Suci Engkau, segala puji bagi Engkau, tiada Tuhan selain Engkau. sesungguhnya aku menanggung kejahatan dan ku menzalimi diriku, maka ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Tuhanku, tiada yang mengampuni dosa selain Engkau.
Wahai Tuhan berilah petunjuk kepadaku, periharalah daku dari kejahatan dirku. Wahai Tuhan berilah rezeki yang halal. Janganlah Engkau seksa daku kerananya. Jadikanlah daku merasai cukup dengan apa yang Engkau rezekikan. biarkanlah aku menggunakannya untuk kabaikan yang Engkau terima. Aku mohon daripada Engkau keampunan, kesihatan, keyakinan yang baik dan kemaafan di dunia dan di akhirat.
Wahai Tuhan yang tidak bermudarat dengan dosa hamba-Nya dan tidak kurang dengan keampunan yang dianugerahkan. Anugerahkanlah kepadaku perkara yang tidak memudaratkan-Mu, berikanlah kepadaku perkara yang tidak mengurangi-Mu.Wahai Tuhan kami, turunkan kepada kami kesabaran dan wafatkan kami dalam keadaan menyerah diri(Islam). Engkau penolongku di dunia dan akhirat, wafatkan aku sebagai seorang Islam dan tempatkan aku dalam lingkungan orang salih. Engkau penolong kami, maka campurilah dan kasihanilah kami. Engkau sebaik-baik pemberi ampun. Tetapkanlah bagi kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Kepada Engkau kami bertawakal dan kepada Engkau kami akan kembali.Wahai Tuhan kami janganlah jadikan kami fitnah bagi kaum yang zalim. Wahai Tuhan kami janganlah jadikan kami fitnah bagi orang kafir. Ampunilah kami wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Wahai Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan ketelanjuran kami, tetapkanlah kaki-kaki kami dan menangkan kami atas orang kafir.Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara mara kami yang telah mendahului kami dengan iman. Jangan jadikan dalam hati-hati kami rasa iri hati bagi orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang penyayang lagi belas kasihan.
Wahai Tuhan kami limpahkan kepada kami kerahmatan dari sisi-Mu dan sinarilah urusan kami dengan petunjuk. Wahai Tuhan kami berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkan kami dari azab neraka. Wahai Tuhan sesungguhnya kami mendengar seruan yang menbgajak kepada iman maka kami telah beriman. Maka ampunilah dosa-dosa kami, hapuskan kejahatan-kejahatan kami dan wafatkan kami bersama orang yang baik. Wahai Tuhan berikanlagh kepada kami apa yang Engkau janjikan kepada kami melalui para Rasul-Mu, janganlah Engkau hina kami pada hari qiamat. Sesungguhnya Engkau tidak mengingkari janji.
1 Comments:
panjangnya, takde perenggan pulak tu. letih nak baca. hu hu
Post a Comment
<< Home