Wednesday, August 02, 2006

SUNNATULLAH DI SEBALIK DERITA BUMI ISRA'

SUNNATULLAH DI SEBALIK DERITA BUMI ISRA'


Serba salah.

Duduk rasa bersalah, berdiri tak tentu arah. Saya berasa gusar dan tidak selesa untuk berbuat apa sahaja semenjak berita perang baru di bumi Syam memenuhi media. Ia mengingatkan saya kepada peristiwa yang berlaku pada tahun 1997 di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut.

Pagi itu saya bertolak dari Amman ke Istanbul dengan menaiki pesawat Middle East Airlines (MEA), penerbangan kebangsaan Lubnan. Kapal terbang yang saya naiki akan berhenti di Beirut selama 2 jam sebelum menukar pesawat untuk meneruskan perjalanan ke Istanbul. Akan tetapi saya berasa sedikit hairan kerana saya dan penumpang-penumpang yang lain terpaksa menempuh beberapa lapisan pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Amman sebelum dibenarkan menaiki pesawat berkenaan.

Ketibaan kami ke Beirut juga berada dalam suasana yang agak pelik. Kelihatan begitu ramai askar yang mengawal lapangan terbang dan ia bukan pemandangan biasa di situ. Ini bukan kali pertama saya transit di Beirut. Kami diperiksa oleh pihak askar sebelum dibenarkan masuk ke dewan transit. Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Tak apalah, yang penting saya hanya perlu berada di situ sekitar dua jam kerana pesawat ke Istanbul akan berlepas pada jam 3:30 petang.

Satu jam...

Dua jam...

Tiga jam...

Saya mula gelisah. Penumpang-penumpang lain yang transit juga nampaknya semakin resah. Ada yang mula tidak senang duduk dan menyerang kaunter pertanyaan dengan pelbagai soalan.

"Apa sudah terjadi? Mengapa kami tersangkut di sini? Apa yang berlaku?", seorang pelancong Eropah bertanya kepada pegawai bertugas. Merah mukanya menahan marah.

"Ya, kami mahukan penjelasan. Apa yang berlaku?", penumpang-penumpang yang lain juga mendesak pegawai tersebut.

"Kami belum mendapat pelepasan daripada pihak tentera untuk membenarkan pesawat terbang. Ia mungkin berlarutan hingga 24 jam", pegawai tersebut memberitahu.

Apa? 24 Jam... Aduh, saya kebingungan. Orang ramai mula kecoh. Dalam kesibukan pegawai-pegawai bertugas menenangkan keadaan, tiba-tiba satu letupan besar berlaku.

"BOOM!!!", bunyinya seperti letupan bom dan saya yakin jaraknya tidak jauh dari lapangan terbang.

Ya Allah, bangunan lapangan terbang bergegar dan saya seperti lemah lutut berdiri sendirian di tengah-tengah kekalutan itu. Orang ramai hening seketika. Terdiam dan terpinga-pinga mencari punca letupan tersebut.

Kami tidak mendapat sebarang penjelasan dari pihak berkuasa. Saya berasa sedikit menyesal. Kerana mahu menjimatkan 30 Dinar, saya memilih untuk transit di Beirut, berbanding dengan penerbangan terus Amman - Istanbul dengan menaiki pesawat Royal Jordanian atau Turkish Airlines.

"Hmm. Ya Allah. Kalau ditakdirkan aku mati, biarlah matiku dalam perjuangan dengan penuh kemuliaan. Janganlah pula mati ketika transit sendirian di Beirut ini", saya cuba mententeramkan diri.

Suasana lapangan terbang menjadi agak tenang berbanding sebelum letupan. Masing-masing masih terpinga-pinga memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku petang itu.

Dalam keadaan yang agak gusar, fikiran saya terbang mencari kembali memori-memori saya tentang Lubnan. Beirut yang saya baca sebagai Paris Timur Tengah, sememangnya bandar yang menakutkan. Saya terfikir, alangkah deritanya jiwa Sheikh Fathi Yakan berjuang di Lubnan kerana pada pemerhatian saya, Beirut menjuarai keruntuhan moral paling teruk di kalangan negara Arab. Saya masih ingat ketika kali pertama saya transit di Beirut setahun sebelumnya. Saya bertanya kepada seorang pegawai MEA di kaunter pertanyaan, "boleh saya tahu di sini ada tempat Solat atau tidak?"

"Tempat solat? Oh, kamu boleh Solat di tepi tangga itu.", pegawai tersebut menunding jari ke arah tangga gelap menuju ke restoran di tingkat atas balai transit.

Saya terkejut. Subhanallah. Saya sedang di Beirut atau di Paris? Alangkan Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle pun ada tempat Solat.

"Boleh saya tahu di mana arah kiblat?", saya bertanya lagi.

"Kiblat? Kiblat?", pegawai tersebut bertanya kepada rakan-rakannya dan kesemua mereka ketawa.

"Maaf encik. Kami tidak tahu kiblat di mana.", pegawai tersebut menjawab dengan bersahaja. Malah saya rasa begitu terhina.

Saya masuk ke bilik air dan mengambil wudhu' di sinki. Tandasnya hanya bertisu, tiada paip air. Saya hanya mampu menggelengkan kepala. Hari itu saya bersolat di atas sekeping kotak yang saya bentang ke arah kiblat yang saya ijtihadkan berpandukan kedudukan matahari dan laut yang sayup-sayup kelihatan di seberang landasan kapal terbang.

Lubnan baru sahaja bangun dari kebinasaan selepas beberapa siri peperangan terutamanya Peperangan Saudara Lubnan (1975-1990). Bangunan-bangunan yang runtuh dan berlubang kesan bom masih banyak yang terbiar di sekitar kota Beirut. Tetapi tidak perlu kita pergi jauh menyelongkar lorong-lorong Beirut di Nejmeh Square. Cukup sekadar di lapangan terbangnya, sudah membuatkan kita tertanya-tanya, masih Islamkah Lubnan ini?

Pemandangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri Beirut tambah menjelekkan apabila saya melihat gelagat wanita-wanita Arab dari negara Teluk yang berjubah hitam. Mereka menuju ke bilik air, dan kemudian keluar bersalin kulit seperti ular. Dari jubah hitam, yang tinggal hanyalah pakaian jahat dengan solekan melampau, tanpa segan memegang jubah hitam yang sudah dilipat di tangan mereka. Aduh, saya rasa keIslaman saya amat dihina ketika di Beirut. Pelbagai gelagat yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan dan luar, sehingga saya terfikir, apakah mereka tiada langsung mempelajari sesuatu dari peperangan lalu?

Selepas hampir 8 jam saya terkandas di Lapangan Terbang Beirut itu, akhirnya pesawat yang saya naiki dibenarkan berlepas ke Istanbul. Saya menarik nafas lega, tetapi masih kebingungan dengan letupan bom yang menggegarkan lapangan terbang sebentar tadi.

SEJARAH SILAM BERULANG KEMBALI

Hari ini Beirut sekali lagi menjadi medan berdarah. Luka-luka lama yang baru sahaja sembuh kini berdarah semula, dan kali ini ia lebih parah. Bukan hanya Beirut dan pekan-pekan di selatan Lubnan seperti Qana yang binasa, malah ia sebenarnya adalah rentetan kehancuran bumi Palestin di tangan Regim Yahudi yang digerakkan oleh puak Neo Conservatives di Amerika Syarikat yang memegang remote controller.

Sebagaimana bumi Syam panas dan hangus dibakar kerakusan Yahudi, umat Islam di seluruh dunia juga memberikan pelbagai reaksi. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan. Namun saya ingin berkongsi rasa terhadap Sunnatullah yang berlangsung di sebalik tragedi demi tragedi ini.

Ya, kita terluka sama dengan kematian dan kehilangan erti hidup warga Palestin dan Lubnan. Tangan dan mulut kita tidak henti-henti melafazkan Qunut Nazilah demi merintih bantuan Allah agar dilepaskan umat Islam dari derita ini.


Walau bagaimana pun, kita tidak harus lupa bahawa bencana di Lebanon ini bukan tragedi pertama umat Islam. Kita pernah kelam kabut, gelisah dan kebingungan semasa menyambut berita penyembelihan umat Islam beramai-ramai di Bosnia Herzagovina lebih 10 tahun yang lalu. Kita tidak tahu apa yang patut dilakukan dan kita cepat melancarkan demonstrasi besar-besaran demi meredakan ledakan emosi yang dibakar oleh kekejaman Serbia. Kita segera membuka Malaysia kepada pelarian Bosnia dan menghulurkan atap dan pinggan untuk mereka berteduh.

Selain Bosnia, kita sudah banyak kali terkejut, gelisah dan kebingungan terhadap satu demi satu bencana yang menimpa umat Islam. Iraq, Afghanistan, Kashmir, Ambon, Tak Bai dan aduh, terlalu sukar untuk menyenaraikan kesemuanya.

Saya amat percaya bahawa semua yang berlaku ini adalah mengikut apa yang dikehendaki oleh pemilik papan catur yang kita hari ini sedang menjadi butir-butir pawns yang dilaga-lagakan dalam permainan tangan-tangan ghaib itu. Pemain-pemain catur ini merancang pergerakan buah caturnya bukan selapis malah berlapis-lapis. Pemikiran simplistik tidak memungkinkan kita untuk keluar dari papan catur itu. Jika kita menang sekali pun, permainan akan diulang oleh tangan-tangan ghaib itu dan pada siri yang seterusnya, kita mungkin kalah pula dan menang semula selepasnya. Menang atau kalah, kita masih buah catur di papan permainan yang dimiliki oleh orang lain.

Tangan-tangan ghaib itu mesti dikenali oleh umat Islam. Taaruf mesti bermula dengan mengimbas kembali sejarah Revolusi Perancis dengan gelagat Jacobins yang menganggap diri mereka di pihak yang benar. Mereka tidak perlu mengambil kira pendapat orang lain atau cuba menyediakan common ground untuk berbincang dengan tamadun dan nilai yang bertembung. Lihat apa yang saya petik dari Wikipedia ini, di bawah kata kunci NEOCONSERVATISM:

The "traditional" conservative Claes Ryn has argued that neoconservatives are "a variety of neo-Jacobins." Ryn asserts that true conservatives deny the existence of a universal political and economic philosophy and model that is suitable for all societies and cultures, and believe that a society's institutions should be adjusted to suit its culture, while Neo-Jacobins are attached in the end to ahistorical, supranational principles that they believe should supplant the traditions of particular societies. The new Jacobins see themselves as on the side of right and fighting evil and are not prone to respecting or looking for common ground with countries that do not share their democratic preferences. (Ryn 2003: 387)

Further examining the relationship between Neoconservatism and moral rhetoric, Ryn argues that Neo-Jacobinism regards America as founded on universal principles and assigns to the United States the role of supervising the remaking of the world. Its adherents have the intense dogmatic commitment of true believers and are highly prone to moralistic rhetoric. They demand, among other things, "moral clarity" in dealing with regimes that stand in the way of America's universal purpose. They see themselves as champions of "virtue." (p. 384).

Thus, according to Ryn, neoconservatism is analogous to Bolshevism: in the same way that the Bolsheviks wanted to destroy established ways of life throughout the world to replace them with communism, the neoconservatives want to do the same, only imposing free-market capitalism and American-style "liberal democracy" instead of socialism.

Colonel Lawrence Wilkerson, former chief of staff to U.S. Secretary of State Colin Powell, had the following to say in a December, 2005 interview with the German weekly Der Spiegel: "They are not new conservatives. They're Jacobins. Their predecessor is French Revolution leader Maximilien Robespierre."[9]

Jacobins inilah sebenarnya yang sedang memegang remote controller yang membinasakan Palestin dan Lubnan. Peranan golongan ini di Amerika Syarikat bersama sekutunya di Britain, amat bertepatan dengan keterangan Surah al-Israa' yang menjelaskan tentang dua kerosakan yang dilakukan oleh Yahudi.

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuatan untuk mengalahkan mereka (umat Islam), dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.” [Al-Israa’ 17.6]

Nas di atas memahamkan kepada kita bahawa terusir dan terhinanya bangsa Yahudi dari Tanah Arab tidak berterusan. Setelah merempat dari Semenanjung Tanah Arab, setelah terusir dari bumi Andalus, bangsa Yahudi ini kembali bangun berkuasa dan mengalahkan “mereka” iaitulah umat Islam yang suatu ketika dulu telah menunduk dan menamatkan fasad pertama mereka. Ia adalah pertembungan gelombang kedua. Namun kali ini mereka berkuasa bukanlah dengan kekuatan dari sumber mereka sendiri. Sebaliknya melalui sokongan pihak ‘luar’ berupa harta kekayaan, senjata dan anak pinak serta pasukan penyokong yang ramai. Kerana itulah Allah SWT menggunakan lafaz (ﻢﻛﺎﻧﺪﺪﻣﺃﻮ) iaitu “Kami perpanjangkan sokongan” sebagai mengisyaratkan kekuatan sumber ekonomi dan tenaga manusia kepada Yahudi di era kerosakan kedua mereka itu adalah dari sumber luar.

Sesungguhnya kita hari ini sedang berhadapan dengan fasad kedua Yahudi. Mereka sedang menghancur binasakan bumi Syam, umat Islam dan dunia secara keseluruhannya. Sifat takbur dan bongkak mereka berulang kembali. Dan kini, Amerika Syarikat serta kuasa Barat menghulurkan segala macam bantuan kepada Yahudi untuk mengekalkan kewujudkan mereka di bumi Palestin. Yahudi hari ini menjadi kuasa besar dunia dan Amerika Syarikat serta beberapa negara Eropah menjadi sumber kekuatannya.

Bacalah dengan lebih lanjut apa yang telah saya coretkan berkenaan dengan hal ini di bawah artikel MASA DEPAN PALESTIN DARI KACA MATA AL-ISRAA' WA AL-MI'RAAJ .

TELADAN SIRAH BERSAMA DR. ZIAD ABU HAMAD

Dalam siri tribulasi ini, saya terkenang kepada kelas Sirah Nabawiyyah saya bersama Dr. Ziad pada tahun 1998. Ketika membahaskan tentang peristiwa serangan Abrahah terhadap penduduk Mekah di tahun kelahiran Rasulullah SAW, Dr. Ziad telah melontarkan satu soalan yang amat menyentak fikiran saya. Setiap butir katanya masih saya ingat dengan baik.

Beliau bertanya, "Allah telah 'sudi' menyelamatkan penduduk Mekah dari dibinasakan oleh tentera Abrahah. Sedangkan penduduk Mekah ketika itu rata-ratanya adalah penyembah berhala, ahli Jahiliah yang mengotorkan Masjid al-Haram dengan berhala dan segala kemungkaran. Jika penyembah berhala pun Allah selamatkan dari binasa, maka apakah puncanya Allah 'belum sudi' menyelamatkan kita dari segala bencana ini? Tidakkah kita lebih berhak ditolong oleh-Nya?"

Ya. Soalan itu membingungkan saya. Di manakah silap kami ya Allah? Apakah yang telah menghijab kami dari memperolehi kemenangan dan bantuan-Mu ya Allah?

Akhirnya kelas menjadi sepi.

Dr. Ziad membacakan firman Allah SWT
"Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)" (Al-Anfaal : 33)

Beliau menjelaskan bahawa, Allah telah menyelamatkan penduduk Mekah, walaupun ketika itu mereka menyembah berhala kerana Nabi Muhammad SAW 'ada' bersama mereka. Baginda akan lahir dari kalangan mereka dan kerana adanya Rasulullah SAW, mereka terselamat dari dibinasakan Allah.

Hari ini, tidak mungkin Rasulullah SAW akan ada bersama dengan kita secara fizikal. Namun, apakah kita yakin untuk memohon bantuan kepada Allah dengan kepercayaan bahawa kita di pihak Rasulullah SAW. Sunnah baginda ada dalam kehidupan kita, dan hati kita penuh rasa cinta dan kasih kepada Baginda. Benarkah kita begitu? Jika benar, wangian pasti dapat dibau dari luar botolnya. Keindahan cinta kita kepada Baginda SAW di dalam hati dan komitmen kita kepada Sunnahnya, pasti dapat dilihat dari Aqidah kita yang selamat, Ibadah kita yang sejahtera dan Akhlak kita yang mulia.

Muliakah kita wahai umat Islam? Rakyat kita makin rosak dan menuju Riddah. Pejuang Sunnah pula lebih bijak bertelagah dari berdakwah. Kita mengambil Sunnah Fekah tetapi kita tinggalkan Sunnah Akhlak. Adakah Rasulullah SAW bersama kita?

Jika Rasulullah SAW tiada bersama kita, maka marilah kita beristighfar kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan membinasakan kaum yang Rasulullah SAW bersama mereka, dan bagi yang telah melakukan kesilapan, mereka segera beristighfar memohon keampunan dari Allah.

HUKUMAN ALLAH YANG TIDAK MEMILIH SOLEH DAN 'TOLEH'

Kita tidak boleh berlengah membantu umat Islam di Lubnan. Pelbagai langkah jangka pendek dan jangka panjang yang perlu serta boleh diusahakan. Jika mereka memerlukan bantuan perubatan, kita segara berikan sedaya mungkin. Jika mereka perlukan wang, kita segera hulurkan bantuan. Yang pasti, mereka juga perlukan doa. Tapi bukan doa sebarang doa. Mereka memerlukan doa yang 'didengar oleh Allah'. Oleh yang demikian, marilah kita berusaha untuk melayakkan diri agar doa kita didengar dan dimakbulkan oleh Allah.


Golongan Gay di Beirut - BBC

Langkah pertama kita adalah dengan meninggalkan maksiat. Tidakkah kita masih ingat, kepada liputan media terhadap krisis moral di Lubnan, terutamanya di Beirut, baru beberapa bulan yang lalu. Beirut adalah sarang pelacuran homoseksual yang menggerunkan dunia Arab. Penyanyi-penyanyi wanita Lubnan pula berjaya menyebarkan virus mereka hingga lagu perempuan cela itu berkumandang dari gerai-gerai kitab di perkarangan masjid kita setiap Jumaat. Jangan sekali-kali kita lupa bahawa Bosnia juga cela sebelum disembelih Serbia. Afghanistan, Iraq, malah Baghdad di tahun 1258 juga sama. Begitu juga dengan Palestin di ambang kedatangan Zionis. Semua bencana ini telah bermula oleh kemungkaran besar-besaran umat Islam kepada Allah. Dengarlah amaran Allah kepada kita:

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya." (Al-Anfaal : 25)

Kita perlu bertindak membantu setiap insan yang dizalimi. Soal Syiah atau tidaknya Hizbullah serta kewajaran menyokong mereka, harus diketepikan dengan melihat bantuan yang dimaksudkan ini adalah atas dasar manusia yang dizalimi. Mereka berhak dibantu. Kecuali pada soal meletakkan harapan agar kemenangan Hizbullah dapat memerdekakan bumi Palestin, maka itu menjadi suatu topik berasingan yang perlu dipertimbangkan dengan empirical evidence dari sejarah pertembungan Sunni Syiah yang panjang. Isu hari ini adalah penduduk Palestin dan Lubnan mesti dibantu.

Dan bantuan kemanusiaan berbentuk makanan, perubatan dan sebagainya, tidak memberikan sebarang makna jika kita tidak menghentikan segera MAKSIAT yang menjadi punca dan pengundang kepada musibah ini.

Sudah berulang kali kita sebutkan bahawa kejahatan ini datang dari Regim Yahudi dengan Amerika Syarikat sebagai sumber kekuatannya. Maka maksiat paling besar yang kita lakukan hari ini adalah pada ketidak upayaan kita untuk membenci Yahudi dan Amerika Syarikat kerana kita sudah terlalu membudayakan diri dengan segala yang Yahudi dan Amerika. Mampukah rakyat Malaysia dan dunia umumnya mengutuk Yahudi ketika mereka sendiri sedang enak menjamah cara hidup Yahudi dan Amerika, a.k.a Hollywood?

Malaysia harus melihat bahawa hedonisma yang menyuntik nilai-nilai Yahudi dan Amerika ke jiwa masyarakat kita, sebagai jenayah yang serius. Kerana deretan acara hiburan di TV1, TV2, TV3, NTV9, 8TV dan TV9, masyarakat kita menjadi lumpuh dan terperosok ke lubang biawak Yahudi. Mereka mahu marah kepada Yahudi dan Amerika, tetapi mereka tidak sampai hati kerana mereka sudah ketagih Yahudi dan Amerika melalui hiburan, filem Hollywood, dan 1001 cabang hedonisma itu.

Mampukah kita menolak Yahudi dan Amerika di Lubnan ketika Yahudi dan Amerika itu begitu lazat dan enak untuk dinikmati di Malaysia?

Lantas, marilah kita semua bertaubat kepada Allah. Mohon istighfar dan kembali taat kepada-Nya. Jika bantuan ringgit dan suara lembik OIC kita tidak sampai ke Palestin dan Lubnan, marilah kita segera memaksa diri untuk berubah, agar layak berdoa memohon bantuan dari Allah. Kewajaran Malaysia memimpin OIC juga harus difikirkan kembali kerana rumah tangga sendiri juga nampaknya terlalu payah untuk diurus.

Hanya dengan jati diri Muslim yang sebenar sahajalah, kita mampu keluar dari papan catur tangan-tangan ghaib itu.

TELADAN ISRAA' DAN MIKRAAJ

Firman Allah SWT:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa’ 17: 7]

Sesungguhnya fasad kedua Yahudi ini akan dihapuskan semula oleh umat Islam. Berkumpulnya Yahudi di bumi Palestin adalah untuk dibinasakan oleh umat Islam. Namun, kemenangan kali ini hanya akan diperolehi apabila umat Islam masuk semula ke bumi Palestin sebagaimana mereka memasukinya buat kali pertama iaitulah di zaman Umar al-Khattab Radhiyallahu ‘anhu. Umar dan tentera Muslimin masuk ke bumi Palestin dengan kemegahan Islam yang digantung di pedang Jihad fi Sabilillah. Mereka masuk dengan iman serta akhlak yang tinggi lagi terhormat. Kepelbagaian masalah umat Islam boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Namun permasalah Palestin hanya dapat diselesaikan dengan Jihad. Jihad yang mencontohi Umar al-Khattab RA dan tenteranya. Pada masa itulah bumi Palestin akan merdeka. Dan kemerdekaan bumi Palestin adalah kemenangan bagi seluruh umat Islam!


“Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah ia! Kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah dari pokok Yahudi”

[Hadeeth riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidhi]


Nitraria Retusa atau lebih dikenali di kalangan umat Islam sebagai pokok Gharqad
(sumber: http://sisu.typepad.com/sisu/2004/week7/)

Hayatilah peristiwa al-Israa’ wa al-Mi’raaj ini dengan semangat membebaskan umat Islam dari penjajahan Yahudi. Penjajahan fizikal di Palestin serta penjajahan budaya, undang-undang dan cara hidup di seluruh pelusuk tanah air umat Islam yang tercinta.

Ya Allah, yang Maha pedih pembalasan-Nya. Yang Maha Pemaksa penentang-Nya. Wahai yang Maha Bijaksana, kami berlindung kepada-Mu dari tipu daya nafsu kami menyangkut apa yang Engkau tetapkan dan kehendaki. Kami berlindung kepada-Mu dari kejahatan mereka yang iri terhadap anugerah nikmat-Mu. Ya Allah, wahai yang Menyempurnakan segala yang kurang, yang Memperkaya segala yang miskin, yang Memberi rasa aman segala yang takut, yang Mempermudah segala yang sulit, amat Mudah, Amin. Wa Shalallahu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'Ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallam

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Wa lillahil Hamd.