Tafsir ringkas Surah Al Asr
Salam,
Terasa berminat untuk berkongsi bersama dengan semua berkenaan dengan tafsir surah Al Asr menurut syeikhul Islam Aljawziyyah daripada buku beliau yang bertajuk "Miftah dar as-Sa'ada" yang bermaksud Kunci kepada kegembiraan.
Sebelum itu ingin saya berikan terjemahan surah tersebut terlebih dahulu.
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran."
As Shafee pernah menukilkan bahawa jika semua orang menghayati surah ini maka itu adalah cukup untuk mereka.
Berbalik kepada terjemahan surah ini, syeikh mengatakan bahawa dalam surah ini terdapat empat peringkat yang mana jika seseorang boleh mencapai keempat-empat tingkat ini, seseorang itu akan dapat mencapai kesempurnaan (insan kamil) dalam hidup.
Yang pertama adalah: Mengetahui Kebenaran.
Yang kedua: Apa yang dilakukan, merupakan reflek kepada kebenaran tersebut.
Yang ketiga: Mengajar orang lain yang tidak mengetahui kebenaran.
Yang keempat: Bersabar untuk belajar berkenaan dengan kebenaran dan bertindak berdasarkannya dan mengajarkannya.
Maka saya menyeru kepada semua untuk kita sama-sama mencapai keempat empat tahap yang disebutkan tadi. Bersama-samalah kita berusaha untuk mencari kebenaran iaitulah apa yang ditinggalkan oleh rasul junjungan kita Muhammad, AlQur'an dan AsSunnah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home