sambungan..
2. .............Mungkin ada dikalangan sahabat yang merasakan bahawa bercinta selepas berkahwin merupakan suatu benda yang tidak praktikal pada zaman sekarang. “Macam mane ko nak kenal ngn bakal bini ngko…ko ingat kawen ni senang ke?? Kena la kenal2 dulu dan paham memahami, barula bahagia.” Statement ini ada kebenarannya. Saya juga merasakan bahawa perlu untuk kita mengenali pasangan kita terlebih dahulu sebelum kita dapat membina mahligai bahagia, namun saya kurang bersetuju dengan cara yang kerap kali digunakan untuk mengenali bakal pasangan, iaitu dengan cara bercinta.
Bercinta tidak sesekali akan membuatkan kita mengenal bakal pasangan kita dalam erti kata yang sebenarnya. Seseorang yang sedang bercinta tidak lebih dari seseorang yang sedang berlakon.Ya, seseorang yang sedang bercinta sememangnya hidup dalam keadaan lakonan. Mereka bukanlah mereka yang “sebenarnya” dihadapan “boyfriend” ataupun “girlfriend” mereka. Buktinya adalah, seseorang yang cukup kasar gaya percakapan di hapadan rakan-rakan, boleh berubah menjadi seorang yang paling lemah lembut dalam tutur kata bila ditelefon oleh “awek”. Ini adalah merupakan “life example” yang telah saya saksikan sendiri. Daripada pemerhatian saya serta sedikit ilmu yang dperoleh hasil daripada diskusi dengan para ilmuwan, saya dapat simpulkan bahawa seseorang yang sedang bercinta bukanlah mempamerkan dirinya yang sebenar. Dia hanyalah jelmaan kepada “insan sempurna” yang diingini oleh pasangannya.
Namun cinta yang dibina atas dasar pendustaan ini pastinya tidak akan kekal lama. Setelah berkahwin, ataupun setelah seseorang itu mendapat apa yang dihajati, barulah topeng yang dipakai selama ini, ditanggalkan. Seseorang yang kita sangka anak kucing yang lemah lembut tutur kata, rupanya seekor singa betina yang tidak kenal erti diplomasi.
Tengok sahaja artis barat. Bercinta punyalah hebat dan sesetengahnya bertahan bertahun lamanya, namun bila berkahwin, rumah tangga yang dibina hanya kekal untuk tempoh tak sampai seminggu!!!
Atas sebab-sebab inilah saya merasakan bahawa argument yang mengatakan period bercinta adalah sesi suai kenal kurang tepat. “Macam mana nak kenal…due2 tgh belakon".
Sahabat-sahabat, jika cinta sebegini yang kita kejar, pastinya kita akan berasa sedih apabila tiba saat, orang yang kita sayang tidak lagi meneruskan lakonannya. Fikir-fikirkanlah.
Sebelum kau mendekati cinta ....
cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal dari setitik air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah...
semoga di sana mampu melahirkan rasa keagunan & kehebatan terhadapNya & timbul rasa cinta & kasih pada pencipta mu.....
1 Comments:
Assalamualaikum..
nice one!more on this matter & its related issues..plz.eg,ape yg boleh..ape yg xboleh..ape yg boleh diconsider boleh.. =) thanx.wslm
Post a Comment
<< Home