Friday, June 03, 2005

Janji yang sering kita lupakan

Janji yang sering dilupakan ???

Dalam solat kita seharian, kita akan membaca doa iftitah (bagi yang baca) setiap kali sebelum kita membaca Al Fatihah pada rakaat pertama.

Namun adakah maksud doa iftitah itu kita fahami?
Di sini saya akan kongsi maksud bacaan tersebut. Semoga ada kebaikan daripada perkongsian ini.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Maksud Islam itu sendiri adalah menyerah diri, dan dalam doa ini kita sekali lagi memperbaharui janji kita dihadapan ALlah bahawa kita hanya menyerah diri hanya kepadaNYA.

Kita juga berjanji bahawa solat kita, ibadah kita, hidup kita, mati kita adalah untuk ALlah. Sejauh manakah kita menghayati janji kita ini??
Mungkin solat dan ibadat kita sememangnya kita niatkan untuk ALlah (ye la, utk sape lagi kalau bukan Allah..), namun adakah hidup dan mati kita untuk ALlah??

Jika "ya" jawapan kita, maka manifestasi terhadap jawapan tersebut bukanlah semudah mengungkapkan kalimah itu. Jawapan "ya" menuntut kita untuk menginfakkan seluruh masa, tenaga, buah fikiran dan segala-galanya yang ada pada diri ini untuk menegakkan kalimah ALlah yang maha tinggi "kalimatillaahil 'ulya". Jawapan "ya" itu juga menuntut kita untuk menafikan segala bentuk perbuatan yang diniatkan bukan kepada Tuhan Yang Esa.

Beberapa perkara yang mempunyai "HIGH PROBABILITY" untuk tidak diniatkan kerana ALlah :

1. Tengok "muvi"
2. Dengar lagu (termasuk sesetengah nasyid??)
3. Main game

Sekadar menamakan beberapa perkara, namun seandainya kita boleh melakukan perkara di atas kerana ALlah, itu adalah yang terbaik. Bagaimana? Jika tengok muvi, tengoklah muvi seperti "The Message", jika mendengar lagu, dengarlah lagu seperti "Marilah mencintai Tuhan". "Main game camne pulak??". Main game FIFA 2005 untuk mengeratkan ukhuwwah mungkin? Wallahua'lam.

Ingin saya ingatkan di sini, jika kita melakukan sesuatu yang jelas tidak syari'e, jelas kita tidak boleh niatkan kerana ALlah.

Berbalik kepada soalan tadi. Bagaimana pula seandainya jawapan terpacul keluar dari mulut kita adalah "tidak"??
Jika jawapan ini yang keluar dari mulut kita, maksudnya kita masih belum menghayati bacaan dalam solat kita sehari-hari dan inilah yang saya maksudkan dengan JANJI YANG SERING KITA LUPAKAN.
fikirkanlah........

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ana pernah dgr imam al-ghazali pernah berkata..."hendaklah kita malu menyebut "wajjahtu wajhiya lillazii fataras samaawaati wal ard..." andai hati kita kat tempat lain.. sebut je menghadapkan wajah kepada ALlah tapi hati ke lain.. sekadar ingatan bersama < susah nak mujahadah diri nih...>

9:32 am  

Post a Comment

<< Home