Memilih sahabat
assalamualaikum wbt
setelah beberapa menjak tak update....sibuk melayan sahabat-sahabat sekelas semasa di kolej KYUEM dahulu (tun dan sid)
sid @ saiful adni...ALhamdulillah, saya tumpang gembira apabila dia memberitahu akan penglibatannya dalam usrah di Leicester. InsyaALlah pada tahun depan akan menjadi tenaga penggerak usrah tersebut (ustaz yang menggerakkan usrah tersebut akan pulang ke Malaysia sedikit masa lagi). Moga Allah memberikan kekuatan. Ameen.
tun @ lan...Alhamdulillah.....banyak perubahan yang positif. Saya sendiri tumpang gembira melihat perubahan pada diri beliau. Semoga kita dapat bersama-sama untuk menegakkan Islam sehingga ke akhir hayat.
Bercakap mengenai perubahan sikap (hijrah), sesetengah orang apabila datang ke ardhul da'wah ini (UK) berubah daripada seorang yang kurang taat pada perintah agama, kepada seorag yang patuh. Alhamdulillah. Namun tidak kurang juga bilangan orang yang berubah dari seorang yang taat kepada seorang yang tidak mempedulikan hukum hakam dan halal haram dalam agama. Di manakah silapnya? Entahlah, mungkin ada ssesuatu yang tidak kena dengan amalan kita. Kurang ikhlas mungkin? Tepuk dada tanyalah iman.
Sesetengah sahabat bertanya saya, bagaimanakah caranya untuk kita istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam.
Jawapan yang saya berikan :
Jawapan 1. "Sibukkan diri anda dengan kerja-kerja Islam"
Jawapan 2. "Bersahabatlah dengan orang yang teguh pendirian agamanya"
Jawapan 3. "Pastikan anda sertai usrah @ study circle (usrah dalam bahasa inggeris)"
Daripada jawapan-jawapan yang saya berikan ini, jawapan kedua yang sering mengundang ketidak puas hatian di kalangan sahabat-sahabat. Alasan dakwah acap kali digunakan untuk bersahabat dengan orang yang tidak sefikrah @ kurang berpegang teguh dengan agama.
Saya tidak menafikan akan keperluan untuk kita berkenalan dengan orang yang tidak sefikrah dengan kita, kerana jika kita tidak berkenal-kenalan dan berkawan dengan mad'u (orang yang didakwah) mana mungkin dapat kita sebarluaskan dakwah kita kepada mereka.
Namun perlu diingatkan di sini bahawa, bersama-sama dan bersahabat dengan orang yang teguh pegangan agamanya (sahabat-sahabat yang sefikrah dengan kita) adalah amat penting bagi memastikan kita tidak lari dari matlamat asal kita dan terpengaruh dengan benda-benda jahiliyah yang diamalkan mad'u. Sahabat-sahabat yang sefikrahlah yang berperanan untuk menasihatkan kita seandainya mereka melihat kita telah melanggar batas-batas syariat.
Mereka jugalah yang berfungsi untuk mengingatkan kita akan tujuan utama ikatan yang dibina dengan mad'u iaitulah untuk tujuan dakwah dan bukan nafsu ammarah. Ikatan yang pada mulanya dibina atas dasar dakwah pastinya akan sedikit demi sedikit bertukar menjadi ikatan yang bertunjangkan nafsu ammarah sekiranya tidak dipantau dan dinasihatkan, kerana kita sebagai manusia tidak boleh lepas daripada sifat pelupa. Sebab itulah Allah menyuruh orang yang beriman untuk saling mengingatkan satu sama lain sebagaimana dalam satu firmanNya yang bermaksud :
"maka berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu adalah berguna bagi orang-orang yang beriman"
Jika golongan yang tidak sefikrah dengan kita yang kita jadikan sebagai sahabat, siapakah yang yang akan memainkan peranan sebagai penegur dan penasihat kita?
Sebelum saya mengakhiri tulisan saya ini, adalah molek sekiranya kita membaca dan merenung pesanan saidina Ali k.w.j berkenaan soal memilih sahabat ini:
"Jangan anda bersahabat dengan yang jahil, jangan anda berdamping dengannya. Berapa banyak orang jahil, dapat merosakkan orang yang berbudi tika berkawan. Kerana ukuran orang yang bersahabat dilihat, siapa sahabatnya. Bagi tiap suatu ada ukuran dan bandingannya, bagi hati dengan hati, menjadi bukti tika ia bertaut."
"sahabat yang baik (yang selalu menasihatkan kita) adalah merupakan salah satu bentuk rahmat yang Allah berikan kepada hambaNya"-Ustaz Salleh Leicester
0 Comments:
Post a Comment
<< Home