Wednesday, August 03, 2005

Nasib Islam di tanah air sendiri

Assalmualaikum wb.t
maaf kerana lama menyepi...disibukkan dengan urusan2 keluarga (my brother-Tuan Muhd Fahmi nak kahwin this august....moga2 rumah tangga yang dibina merupakan rumahtangga yang dirahmati)

Internet (jaring) pon satu hal...tak boleh nak connect....(tulis kat dialer tuh...ppp link control was terminated...) dah buat report.....tapi takde tindakan susulan pon...lupakanlah yang tu

Nak bercakap sikit berkenaan dengan perkembangan dakwah di Negara Eropah. Saya tergerak untuk berbicara tentang perkara ini selepas membaca satu artikel...yang bertajuk "400 orang memeluk Islam 2004"...berminat??Tekanla kat bawah ni...
http://tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2308

Memang saya akui usaha dakwah kepada yang bukan Islam cukup hebat dilakukan. Di tempat saya belajar sendiri, selalu sahaja Masjid Universiti dikunjungi oleh orang bukan Islam khususnya pelajar2 sekolah (ini adalah sebahagian daripada kurikulum di Britain). Hari terbuka Masjid yang membolehkan orang-orang berminat dengan Islam mendekati rumah ibadat kita dan mendapatkan risalah-risalah mengenai agama Allah ini.

Satu suasana yang boleh dikatakan agak asing di negara kita yang bergelar "Negara Islam". Apa yang menyedihkan ialah dalam pada satu golongan berusaha memberikan penerangan kepada bukan Islam (non-muslim)mengenai Islam, ada golongan yang cuba men"sabotaj" usaha ini dengan menakut-nakutkan dan memberikan gambaran yang salah mengenai Islam. Sebagai contoh, rancangan 3R yang dikelolakan oleh golongan feminist (selalu mengundang figure2 Sister In Islam), dengan sewenang-wenangnya membuat satu sketsa (sekitar tahun 2003) berkenaan dengan nasib seorang perempuan yang dirogol di tempat yang menjalankan hukum Islam...apabila perempuan yang dirogol tadi ditanya oleh perempuan yang lain kenapa tidak melaporkan perihal tersebut kepada pihak berkuasa...perempuan yang dirogol itu mengatakan tidak boleh kerana dia tidak punya 4 orang saksi....hmmmm...tengoklah betapa menyelewengnya golongan ini..kes rogol yang spttnya diiklasifikan dalam hukum ta'zir(hukum mengikut kebijaksaan pemerintah) dan bukannya hukum hudud yang memerlukan empat orang saksi bagi salah laku zina..

Untuk perhatian pembaca, saya yang pada ketika itu sedang menonton rancangan tersebut dengan seorang kawan saya yang beragama Kristian, berasa cukup malu dengan rancangan tersebut, yang jelas punya motif tersendiri.
Alhamdulillah, saya boleh menerangkan kepada kawan saya mengenai hal yang sebetulnya selepas rancangan tersebut...tp saya terfikir apa akan jadi pada orang bukan Islam (dan orang ISlam yang tidak punya ilmu Islam yang cukup) yang menonton rancangan tersebut..bukankah ini akan menjauhkan mereka dari Islam??

Kadang2..bila terfikir mengenai Islam di Malaysia...bila terfikir mengenai bangsa Melayu..masalah murtad....IRC....timbul rasa kesedihan di hati.....takut bangsa meLAYU kita di Malaysia inilah yang dimaksudkan oleh firman ALlah taala..




005.054 O ye who believe! if any from among you turn back from his Faith, soon will Allah produce a people whom He will love as they will love Him,- lowly with the believers, mighty against the rejecters, fighting in the way of Allah, and never afraid of the reproaches of such as find fault. That is the grace of Allah, which He will bestow on whom He pleaseth. And Allah encompasseth all, and He knoweth all things.


Mungkinkah bangsa Eropah merupakan bangsa yang ALlah akan muliakan dengan Islam??

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Sy pun kurang setuju dgn rancangan 3r. Pernah sekali....mrk mengatakan pakaian yg seksi bukanlah faktor perogol mahu merogol....

11:20 am  

Post a Comment

<< Home