Tuesday, June 28, 2005

catatan daripada kuliah agama-khusyuk dalam solat

Ingin berkongsi dengan sahabat berkenaan dengan kuliah mengenai cara untuk khusyuk dalam solat menurut apa yang ditulis oleh imam al ghazali dalam ihya’ ulumuddin

Imam Ghazali menyuruh kita memahami apa yang kita baca
Makna auzubillah…aku berlindung dari tuhan dari syaitan yang direjam..
Apabila kita membaca auzubillah kita haruslah menyedari bahawa syaitan adalah musuh yang hebat…Kita hanya dapat melarikan diri dari syaitan dari adalah dengan meminta pertolongan dengan Allah.


Antara tipu helah syaitan
Supaya kita memikirkan amal2 akhirat (Contoh: nak baca Al Quran la lepas nih…) yang tiada kena mengena dengan apa yang kita baca..…syaitan tidak menyuruh kita ingat kepada dunia mungkin kerana kita tak terkesan sekiranya syaitan cuba menggoda kita dengan perkara dunia. Sebarang ingatan hati kita yang tiada hubungan dengan apa yang kita baca namanya was-was..dan was-was ini datangnya dari syaitan. Sebab itulah Allah menamatkan Al Quran dengan surah An nas yang bercerita mengenai was-was yang mana menunjukkan betapa bahayanya penyakit was was ini.

Kenapa abu thalib dan abu jahil tak nak menyebut La Ilaahaillallah. Kerana mereka memahami maksud ayat itu. Kalimah inilah yang menafikan segala tuhan-tuhan yang mereka sembah sebelum ini. Kalimah ini jugalah yang menidakkan amal ibadah yang mereka lakukan sebelum ini. Kalimah ini jugalah yang menyamakan taraf mereka sebagai pembesar quraisy (golongan al mala') dengan hamba seperti Bilal.

Kita hari ini tahu menyebut tapi tak tahu apakah apa isi, apakah tuntutan yang perlu dilaksanakan hasil dari pengucapan tersebut. Sebab itulah kita pada hari ini boleh mengucapkan kalimah toyyibah La ilahaillallah beribu2 dalam sehari namun apabila diminta untuk berjuang untuk menegakkan kalimah tersebut…kita masih tereagak2..kerana apa? Kerana kita tidak faham…

Mengikut imam ghazali dalam kitab ihya’ ulumuddin (hasil dari pengkajian beliau semasa beliau hidup) , kita boleh mengklasifikasikan manusia yang membaca bacaan ketika soolat kepada tiga :

1.Orang yang hanya lidah membaca, tapi hati tidak tahu apa yang disebut. (peringkat paling rendah, mungkin sedang berfikir pada benda lain)
2.Hati mengikut apa yang disebut oleh lidah-dia paham apa yang dia dengar dari sendiri seperti dia dengar dari orang lain (pertengahan)
3.Orang yang hati dahulu memahami apa yang bakal dibaca dengan sebenar benarnya sebelum lidah mengeluarkan sebutan. (peringkat paling tinggi…..hanya boleh dicapai melalui pembacaan, menuntut ilmu.....sebutan di lidah adalah apa yang ada dalam hati)

Cara untuk meminta berkat daripada Allah adalah dengan membaca “basmalah” (bismillahirrahmaanirrahim). Maksud sebenar “basmalah” ini adalah segala apa yang berlaku di muka bumi adalah dengan kehendak dan izin Allah. Jika Allah tidak berkehendakkah sesuatu perkara itu berlaku maka perkara tersebut tidak akan berlaku.

Alhamdulillahirobbila’lamin (dalam surah al fatihah) adalah bertaut rapat dengan ucapan basmalah (sesetengah ulamak berpendapat bahawa bismillahirrahmaanirrahim adalah satu ayat dari ayat2 al fatihah)….oleh kerana Allah adalah Ar Rahman dan Ar Rahim yakni Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang..maka selayaknya segala puji adalah bagi Allah.

Sekiranya dalam kehidupan kita, kita meyakini bahawa rezeki kita ini adalah datang dari manusia bukan dari Allah maka pengucapan bismillah dan alhamdulillah kita ada cacat celanya. Manusia hanyalah asbab…rezeki bukan datangnya dari manusia…..

rakaman kuliah tersebut terhenti di sini…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home