Tuesday, June 28, 2005

catatan daripada kuliah agama-khusyuk dalam solat

Ingin berkongsi dengan sahabat berkenaan dengan kuliah mengenai cara untuk khusyuk dalam solat menurut apa yang ditulis oleh imam al ghazali dalam ihya’ ulumuddin

Imam Ghazali menyuruh kita memahami apa yang kita baca
Makna auzubillah…aku berlindung dari tuhan dari syaitan yang direjam..
Apabila kita membaca auzubillah kita haruslah menyedari bahawa syaitan adalah musuh yang hebat…Kita hanya dapat melarikan diri dari syaitan dari adalah dengan meminta pertolongan dengan Allah.


Antara tipu helah syaitan
Supaya kita memikirkan amal2 akhirat (Contoh: nak baca Al Quran la lepas nih…) yang tiada kena mengena dengan apa yang kita baca..…syaitan tidak menyuruh kita ingat kepada dunia mungkin kerana kita tak terkesan sekiranya syaitan cuba menggoda kita dengan perkara dunia. Sebarang ingatan hati kita yang tiada hubungan dengan apa yang kita baca namanya was-was..dan was-was ini datangnya dari syaitan. Sebab itulah Allah menamatkan Al Quran dengan surah An nas yang bercerita mengenai was-was yang mana menunjukkan betapa bahayanya penyakit was was ini.

Kenapa abu thalib dan abu jahil tak nak menyebut La Ilaahaillallah. Kerana mereka memahami maksud ayat itu. Kalimah inilah yang menafikan segala tuhan-tuhan yang mereka sembah sebelum ini. Kalimah ini jugalah yang menidakkan amal ibadah yang mereka lakukan sebelum ini. Kalimah ini jugalah yang menyamakan taraf mereka sebagai pembesar quraisy (golongan al mala') dengan hamba seperti Bilal.

Kita hari ini tahu menyebut tapi tak tahu apakah apa isi, apakah tuntutan yang perlu dilaksanakan hasil dari pengucapan tersebut. Sebab itulah kita pada hari ini boleh mengucapkan kalimah toyyibah La ilahaillallah beribu2 dalam sehari namun apabila diminta untuk berjuang untuk menegakkan kalimah tersebut…kita masih tereagak2..kerana apa? Kerana kita tidak faham…

Mengikut imam ghazali dalam kitab ihya’ ulumuddin (hasil dari pengkajian beliau semasa beliau hidup) , kita boleh mengklasifikasikan manusia yang membaca bacaan ketika soolat kepada tiga :

1.Orang yang hanya lidah membaca, tapi hati tidak tahu apa yang disebut. (peringkat paling rendah, mungkin sedang berfikir pada benda lain)
2.Hati mengikut apa yang disebut oleh lidah-dia paham apa yang dia dengar dari sendiri seperti dia dengar dari orang lain (pertengahan)
3.Orang yang hati dahulu memahami apa yang bakal dibaca dengan sebenar benarnya sebelum lidah mengeluarkan sebutan. (peringkat paling tinggi…..hanya boleh dicapai melalui pembacaan, menuntut ilmu.....sebutan di lidah adalah apa yang ada dalam hati)

Cara untuk meminta berkat daripada Allah adalah dengan membaca “basmalah” (bismillahirrahmaanirrahim). Maksud sebenar “basmalah” ini adalah segala apa yang berlaku di muka bumi adalah dengan kehendak dan izin Allah. Jika Allah tidak berkehendakkah sesuatu perkara itu berlaku maka perkara tersebut tidak akan berlaku.

Alhamdulillahirobbila’lamin (dalam surah al fatihah) adalah bertaut rapat dengan ucapan basmalah (sesetengah ulamak berpendapat bahawa bismillahirrahmaanirrahim adalah satu ayat dari ayat2 al fatihah)….oleh kerana Allah adalah Ar Rahman dan Ar Rahim yakni Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang..maka selayaknya segala puji adalah bagi Allah.

Sekiranya dalam kehidupan kita, kita meyakini bahawa rezeki kita ini adalah datang dari manusia bukan dari Allah maka pengucapan bismillah dan alhamdulillah kita ada cacat celanya. Manusia hanyalah asbab…rezeki bukan datangnya dari manusia…..

rakaman kuliah tersebut terhenti di sini…

Wednesday, June 15, 2005

Kristianisasi


e mail daripada abamumby....mungkin kita boleh ambil pengajaran sedikit sebanyak



"ASSALAMUALAIKUM, AKH FAIRUZ,

Ini ade satu maklumat yg mungkin boleh dikongsi bersama.

Pendedahan murtad di lunas
Assalamualaikum,

Bismillah Hirrahmaanirrahim, moga-moga apa yang saya tulis ini termasuk dalam senarai cerita benar, dan moga-moga ada hati-hati yang akan tersentuh apabila menghayati dan mengenangkan untung nasib adik-adik kita yang sedang tenggelam dalam arus gelombang Kristianisasi ini. Amin!

Bermula kata, memang benar gelombang Kristian ini sedang melanda hebat daerah Kulim Bandar Bharu.
Maklumat sahih mengatakan bahawa setakat ini beberapa buah sekolah menengah di daerah Kulim telah dan sedang menerima asakan hebat dari puak-puak kaffir laknatullah ini. Antara sekolah-sekolah yang terbabit ialah Sekolah Menengah Lunas, Sekolah Menengah Sungai Kob, Sekolah Menengah Panglima Besar, Sekolah Menengah Sultan Badlishah dan Sekolah Menengah Kulim. Saya tak pasti berapa ratus orang yang benar-benar sudah berjaya dikristiankan mereka, tetapi saya cukup pasti bahawa jumlah yang terbabit ialah seramai 1037 orang.

Kalau sesiapa yang berkesempatan berbicara dengan salah seorang daripada adik-adik kita yang telah berjaya dikristiankan itu, kita akan dapati cerita yang hampir sama akan kita dengar. Latarbelakangnya sama saja, mereka ini diberi "duit saku" sebanyak RM50 seminggu, dan dibawa ke sebuah gereja berdekatan Bukit Mertajam (sempadan daerah Kulim). Gereja ini cukup famous di sebelah sini, dan menurut seorang saksi yang terlibat secara langsung dalam kes ini, gereja itu ialah Gereja St Anne di Bukit Mertajam! RM50 SEMINGGU UNTUK SEORANG BUDAK TINGKATAN DUA BESAR NILAINYA!!

Sebenarnya, banyak kisah yang kita dengar berkaitan isu ini; tapi seperti juga kes Aishah Bokhari, kita rasa tak ada gunanya kita mewar-warkan ke seluruh negara, kerana orang-orang Melayu hari ini sudah hilang sensitiviti keislamannya. Setiap isu panas yang timbul, paling kuat pun boleh bertahan selama 3 minggu, selepas itu terus hilang dibawa angin. Isu Aisyah dan isu Pembunuhan Tiga Beranak di Bandar Sunway malam Valentine 1998 menjadi bukti yang paling nyata!! ORANG MELAYU CUMA AKAN TERSEDAR APABILA SESUATU ISU ITU KENA KAT BATANG HIDUNG MEREKA SENDIRI!!

[Kerana itu, kadang-kadang saya sendiri dah naik malas nak tulis cerita-cerita macam ini; di kadang yang lain, terlintas satu rasa di sudut hati saya minta supaya Tuhan bagi 'anak-anak depa' jadi macam Aisyah - kot baru nak sedar langit tinggi rendah - nauzubillah hi min zalik].

Berbalik kepada cerita budak-budak sekolah di Kulim diberi upah RM50 seminggu untuk masuk Kristian; kerana begitu ramai yang sudah termakan dengan jarum halus Kristian ini, maka banyaklah cerita yang kita dengar. Antara yang terbaru ialah satu cerita dari sebuah kampung bernama Kg Naga Lilit.

Kampung Naga Lilit ini adalah sebuah kampung Melayu tradisional dalam daerah Kulim, penduduknya adalah Islam pure (tak kiralah apa parti). Anak-anak gadis ke sekolah bertudung, jadi memang tak pernah dan tak boleh bayang dek orang-orang kampung itu kalau anak-anak gadis mereka yang bersih dan suci ini boleh end up jadi Kristian. TAPI, ITULAH YANG TERJADI, DI BAWAH TUDUNG LITUP ITU TERSEMBUNYI SALIB-SALIB KRISTIAN!!

Salah seorang anak gadis yang terlibat itu bersekolah di Sekolah Menengah Lunas. Asal ceritanya, apabila cikgu buat 'spot-check', terjumpa salib kristian dalam kotak pensil. Kemudian cikgu buat pemeriksaan detail lagi, dan hasil pemeriksaan yang detail inilah yang membuatkan kita terperanjat. Sekarang sudah heboh diperkatakan orang bagaimana budak-budak ini sanggup membuat lambang salib di tubuh mereka sendiri menggunakan duit siling RM1 yang dibakar panas dan ditoreh di badan mereka. Di bahagian mana dilakarkan lambang salib itu? - DI BAHAGIAN BAWAH PAYU DARA!!! MASYAALLAH!!

Dipendekkan cerita, sebanyak 13 orang anak-anak Kampung Naga Lilit telah berjaya dikristiankan. Lantas atas kesedaran dan prihatin terhadap masa depan mereka dan atas rasa tanggungjawab sebagai orang Islam, lalu dikemukakan orang permasaalahan ini kepada pihak JKKK Kampung Naga Lilit. Nak tahu apa kata JKKK? "ALA, NAK BUAT APA PERBESAR ISU INI? INI ISU REMEH SAJA!!!"

[Remeh!!] Lalu, pihak-pihak yang berkenaan bawa pula isu ini kepada AJK Masjid. Atas rasa prihatin mereka, pihak AJK Masjid telah memanggil ibubapa yang terlibat serta pihak polis untuk bersekemuka. Saya difahamkan OSC Kulim sendiri turun ke kampung Naga Lilit untuk membincangkan isu ini. Antara hasil rumusan ialah pihak AJK Masjid akan membawa isu ini ke peringkat Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Apa perkembangan terbaru, wallah hu aklam. YANG PASTINYA 13 ORANG BUDAK SEKOLAH MENENGAH, ANAK-ANAK ORANG MELAYU KAMPUNG NAGA LILIT SUDAH HEBOH DIKATAKAN ORANG DAH MASUK KRISTIAN!!

Nak jadi ceritanya pula, ada seorang bapa yang tak dapat menerima hakikat bahawa anaknya sudah masuk Kristian, sepertimana cerita-cerita yang kita dengar bagaimana reaksi ibubapa apabila kita bagitau yang anaknya sudah jadi penagih dadah; walaupun anaknya itu menagih di depan matanya sendiri, tapi sebagai ibu, sebagai bapa, ia tak akan dapat menerima hakikat bahawa anaknya sudah jadi penagih dadah.

Begitu juga dengan cerita di Kampung Lilit ini; salah seorang bapa yang terbabit (anaknya di tingkatan dua - bertudung) dikatakan akan menyaman pihak AJK Masjid dan Pihak Polis kerana membesarkan isu ini. SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU 'SIAPAKAH' LAWYER YANG AKAN DIPILIHNYA NANTI!! Sebenarnya, di kampung Lilit ini, cerita orang masuk Kristian bukan saja terhad kepada budak-budak pompuan. Ada cerita yang sampai ke pengetahuan saya bagaimana seorang pelajar lelaki Melayu sudah 3 bulan tak balik-balik kerana berkawan dengan seorang pelajar Cina Kristian. Budak Kristian ini anak orang kaya; dan dikatakan bahawa si budak lelaki Melayu ini telah diberikan handphone dan kereta oleh keluarga Cina Kristian itu. Sehingga berita ini ditulis, kaum keluarga budak lelaki Melayu ini masih tertunggu-tunggu kepulangannya.

KALAU RM50 SEMINGGU PUN BUDAK-BUDAK SEKOLAH SANGGUP MASUK KRISTIAN, INIKAN PULA KALAU DAPAT KERETA DAN HANDPHONE!!

[Sudah hina sangatkan agama Islam hari ini??]

Siapa pula yang ingin membela agama Islam?

Ini pula cerita-cerita yang saya tak pasti kesahihannya, tapi kerana ini yang dibualkan orang; maka saya tulis juga di sini untuk tatapan bersama. Sekiranya ada penafian dari mana-mana pihak, sila hantar terus kepada laman diskusi ini:

Seperti yang saya tulis di atas, bukan hanya Sekolah Menengah Lunas yang terbabit, tapi ada sekurang-kurangnya 4 buah sekolah lagi yang terlibat. Antaranya ialah Sekolah Menengah Sultan Badlishah. Diberitakan orang bahawa mastermind Kristianisasi di Sekolah Men. Sultan Badlishah ini dikepalai oleh seorang guru berbangsa India yang bertugas sebagai guru kaunseling. Budak-budak pompuan yang terbabit diberikan RM50 seminggu dan dibawa ke gereja di Bukit Mertajam itu melalui arrangement oleh guru berkenaan. Untuk setiap kepala yang berjaya dikristiankan, beliau akan dibayar RM3000 seorang.

BAYANGKANLAH, KALAU 10 ORANG SAJA DAPAT DIMURTADKAN - BERAPA LUMAYAN PENDAPATAN SAMBILANNYA!!!

Selain dari itu, di sekitar Kulim, sudah heboh diperkatakan orang bahawa antara "Orang Atas" dalam agenda mengkristiankan anak-anak Melayu ini ialah seorang wakil rakyat berbangsa India yang menang dalam pilihanraya lepas mengalahkan calun pembangkang (seorang Ustaz) dalam salah satu DUN di daerah Kulim, yang mana di kawasan DUN berkenaan penduduk Melayunya merupakan golongan majoriti -42.10%!!

Akhir kata, secara peribadi, saya sudah hilang semangat hendak memperkatakan mengenai isu Murtad ini. Tak ada gunanya kita nak marah-marahkan puak-puak Kristian ini, sedangkan kerajaan kita yang mengamalkan konsep "Piagam Madinah ala Hamid Othman" ini tidak pun memandang endah kisah budak2 kampung dikristiankan

Isu yang paling wahid dalam agenda kesinambungan ummah di bumi Malaysia ini kalau kita tekan lebih-lebih, nanti depa kata kita cuba nak mainkan isu politik!! Walaupun apa depa nak kata, saya mewakili anak-anak saya yang sedang membesar ini, dengan penuh rendah hati merayu kepada semua sahabat-sahabat di luar sana, tak kira apa jua jawatan dan apa jua pegangan politik, supaya for once and all, tolonglah ambil berat isu Murtad ini. Janganlah jadi macam JKKK Kampung Naga Lilit, yang mungkin sudah kena brainwash dengan mamanda JAKIM: "Jika kamu ditanya orang mengenai isu Murtad, maka jawablah dengan lidah yang terang lagi fasih bahawa sesungguhnya isu murtad ini adalah benda remeh-temeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan!!".

Wassalam,"

Monday, June 13, 2005

Sumbangan artikel dari sahabatku

Disclaimer:-

The following paragraphs of discourse are Insya-Allah, thoughts expressed by the author alone and may not necessarily reflect that of the blogger, (Ibnu Ismail) benevolent host of this work. Also, the author’s use of the pen name Avicenna obviously does not reflect his likeness to the great man himself. Allahu-alam.


Avicenna’s Musings

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. All praises are due to Allah and only Allah, creator of all living things in this Universe and more specifically this home we call Earth. Masya-Allah, it is a home that is often taken for granted by us, yes, the appointed Caliphs of this world by Allah S.W.T but we always forget, that it is only but a temporary home before the eternity of the Afterlife that awaits every soul.

Being a most fallible servant myself, I often find myself rationalising the most apparent jahilli activities that I do, even though it’s plain and clearly against the teachings of Islam. We try to make excuses and convince ourselves that as long as we started those activities with “good intentions”, it will be accepted and all will be forgiven. Astaghfirullah! How we have fooled ourselves! It is most difficult to dissociate ourselves from, first and foremost, a jahilli mode of thinking, as we have mostly been brought up in an environment where it is the norm to think that religion is something to be practiced only 5 times a day and at home, and the mosques and musollahs are only places befitting Friday prayers! Masya-Allah! Are we no different, then, from the people of the Book, who are now in the darkness of their adulterated beliefs? Alhamdulillah, Allah opened this servant’s heart to the right path, it is so true that if He chooses to guide a person, no being on this planet can mislead him and if he chooses to blind a person, verily no one will be able to guide him. Perusing some very notable Islamic literature proved to be an eye opener for this servant, Milestone by Syed Qutub, most notably.

Being a renowned scholar of Islam, Syed Qutub was executed only for spreading the truth in a country where a most vile, and corrupted leader resided. In Milestone, he laid out several important changes that all Muslims must make to return to the one true path of God’s pleasure. His words initially did not sit well with me, having being grounded in most jahilli modes of thinking and rationalising. (Always with the logic, always with the logic) He offers only one path, and all other paths are jahilli, and he further postulates that the greatness of the unique Quranic generation can only be attained once more by discarding all Jahilli influences in our daily lives. Being brought up in a situation of compromise, and confusion over culture and religious demarcations, only served to amplify the initially anger I had over his words.

It was only by re-reading his book that I gained some increased understanding of some of the ideas he was promoting and of their truth. Of course, many scholars nowadays also trumpet and advocate the return of Muslims to the Quran-al-Karim and the As-Sunnah and Hadith, but what Milestone proposed was truly revolutionary. It outlined many things with a depth that can only be achieved from decades of careful study and observation. I fear that to appraise simply in this limited number of words would be doing it a great injustice, and I would definitely recommend that book to any Muslim who would like an idea of where to proceed from now. Insya-Allah, prepare to have your present conceptions, ideas, concerns and expectations to be challenged, and altered.

With that said, Avicenna rests his case for now, and Insya-Allah will continue his musings at a later time. All blessings and glad tidings come from Allah S.W.T and all weaknesses and discrepancies in the above article come from this fallible servant. Allahualam.

Saturday, June 11, 2005

Memilih sahabat

assalamualaikum wbt
setelah beberapa menjak tak update....sibuk melayan sahabat-sahabat sekelas semasa di kolej KYUEM dahulu (tun dan sid)

sid @ saiful adni...ALhamdulillah, saya tumpang gembira apabila dia memberitahu akan penglibatannya dalam usrah di Leicester. InsyaALlah pada tahun depan akan menjadi tenaga penggerak usrah tersebut (ustaz yang menggerakkan usrah tersebut akan pulang ke Malaysia sedikit masa lagi). Moga Allah memberikan kekuatan. Ameen.

tun @ lan...Alhamdulillah.....banyak perubahan yang positif. Saya sendiri tumpang gembira melihat perubahan pada diri beliau. Semoga kita dapat bersama-sama untuk menegakkan Islam sehingga ke akhir hayat.

Bercakap mengenai perubahan sikap (hijrah), sesetengah orang apabila datang ke ardhul da'wah ini (UK) berubah daripada seorang yang kurang taat pada perintah agama, kepada seorag yang patuh. Alhamdulillah. Namun tidak kurang juga bilangan orang yang berubah dari seorang yang taat kepada seorang yang tidak mempedulikan hukum hakam dan halal haram dalam agama. Di manakah silapnya? Entahlah, mungkin ada ssesuatu yang tidak kena dengan amalan kita. Kurang ikhlas mungkin? Tepuk dada tanyalah iman.

Sesetengah sahabat bertanya saya, bagaimanakah caranya untuk kita istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam.

Jawapan yang saya berikan :

Jawapan 1. "Sibukkan diri anda dengan kerja-kerja Islam"

Jawapan 2. "Bersahabatlah dengan orang yang teguh pendirian agamanya"

Jawapan 3. "Pastikan anda sertai usrah @ study circle (usrah dalam bahasa inggeris)"

Daripada jawapan-jawapan yang saya berikan ini, jawapan kedua yang sering mengundang ketidak puas hatian di kalangan sahabat-sahabat. Alasan dakwah acap kali digunakan untuk bersahabat dengan orang yang tidak sefikrah @ kurang berpegang teguh dengan agama.
Saya tidak menafikan akan keperluan untuk kita berkenalan dengan orang yang tidak sefikrah dengan kita, kerana jika kita tidak berkenal-kenalan dan berkawan dengan mad'u (orang yang didakwah) mana mungkin dapat kita sebarluaskan dakwah kita kepada mereka.

Namun perlu diingatkan di sini bahawa, bersama-sama dan bersahabat dengan orang yang teguh pegangan agamanya (sahabat-sahabat yang sefikrah dengan kita) adalah amat penting bagi memastikan kita tidak lari dari matlamat asal kita dan terpengaruh dengan benda-benda jahiliyah yang diamalkan mad'u. Sahabat-sahabat yang sefikrahlah yang berperanan untuk menasihatkan kita seandainya mereka melihat kita telah melanggar batas-batas syariat.

Mereka jugalah yang berfungsi untuk mengingatkan kita akan tujuan utama ikatan yang dibina dengan mad'u iaitulah untuk tujuan dakwah dan bukan nafsu ammarah. Ikatan yang pada mulanya dibina atas dasar dakwah pastinya akan sedikit demi sedikit bertukar menjadi ikatan yang bertunjangkan nafsu ammarah sekiranya tidak dipantau dan dinasihatkan, kerana kita sebagai manusia tidak boleh lepas daripada sifat pelupa. Sebab itulah Allah menyuruh orang yang beriman untuk saling mengingatkan satu sama lain sebagaimana dalam satu firmanNya yang bermaksud :

"maka berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu adalah berguna bagi orang-orang yang beriman"

Jika golongan yang tidak sefikrah dengan kita yang kita jadikan sebagai sahabat, siapakah yang yang akan memainkan peranan sebagai penegur dan penasihat kita?

Sebelum saya mengakhiri tulisan saya ini, adalah molek sekiranya kita membaca dan merenung pesanan saidina Ali k.w.j berkenaan soal memilih sahabat ini:

"Jangan anda bersahabat dengan yang jahil, jangan anda berdamping dengannya. Berapa banyak orang jahil, dapat merosakkan orang yang berbudi tika berkawan. Kerana ukuran orang yang bersahabat dilihat, siapa sahabatnya. Bagi tiap suatu ada ukuran dan bandingannya, bagi hati dengan hati, menjadi bukti tika ia bertaut."





"sahabat yang baik (yang selalu menasihatkan kita) adalah merupakan salah satu bentuk rahmat yang Allah berikan kepada hambaNya"-Ustaz Salleh Leicester

Tuesday, June 07, 2005


Agen-agen Perosak Keimanan Remaja Islam Posted by Hello

Monday, June 06, 2005

Cerebrum in the KORAN ?????


Figure 12: Functional regions of the left hemisphere of the cerebral cortex. The prefrontal area is located at the front of the cerebral cortex. (Essentials of Anatomy & Physiology, Seeley and others, p. 210.) (Click on the image to enlarge it.)

God has said in the Quran about one of the evil unbelievers who forbade the Prophet Muhammad from praying at the Kaaba:

No! If he does not stop, We will take him by the naseyah (front of the head), a lying, sinful naseyah (front of the head)! (Quran, 96:15-16)

Why did the Quran describe the front of the head as being lying and sinful? Why didn�t the Quran say that the person was lying and sinful? What is the relationship between the front of the head and lying and sinfulness?

If we look into the skull at the front of the head, we will find the prefrontal area of the cerebrum (see figure 12). What does physiology tell us about the function of this area? A book entitled Essentials of Anatomy & Physiology says about this area, The motivation and the foresight to plan and initiate movements occur in the anterior portion of the frontal lobes, the prefrontal area.

This is a region of association cortex... Also the book says, In relation to its involvement in motivation, the prefrontal area is also thought to be the functional center for aggression....
So, this area of the cerebrum is responsible for planning, motivating, and initiating good and sinful behavior and is responsible for the telling of lies and the speaking of truth.

Thus, it is proper to describe the front of the head as lying and sinful when someone lies or commits a sin, as the Quran has said,...A lying, sinful naseyah (front of the head)
Scientists have only discovered these functions of the prefrontal area in the last sixty years, according to Professor Keith L. Moore.


Essam Abbas
Abbase@link.net
Posted by Hello

Saturday, June 04, 2005

Air mata di Perancis

diambil dari Raudhah.com,
ambillah peringatan....

nie luahan hati dari seorg sahabat ana di france. harap antum semua dapat mendoakan kesejahteraan mereka semua di sana

"salamz untuk sumer... kes tudung di perancis bukanlah satu isu yang baru.isu nih kat sini dah lama jadi nanah dalam masyarakat islam kat sini. jadi semakin payah bile mat2 saleh dimomokkan dengan istilah extremist ataupun terrorist. mangsanyer sapa?

mungkin bagi masyarakat islam yg memang dok kat sini, isu nih satu keterpaksaan bagi diorg. tapi bagi mereka yg bukan org french dan tak pulak teringin nak dok lelama kat sini melainkan nak abeskan 7 tahun study abroad, aper citer?dah lama sangat dah rasenyer kitorg student2 pompuan kat france nih makan hati ngan aper yg terjadi. biarlar student2 mesia kat satu dunia tau pedih hati kami biler hak kami dinafikan hanya kerana alasan yg langsung tidak adil.kitorg x ramai kat sini... setiap tahun lebey kurang 20++ org yang dihantar study kat sini. xramai yg boleh tahan study 7 tahun abroad semata2 nak kejar degree saje.dan dalam 20++ org yg dihantar, biasenyer bilangan student pompuan x ramai...adalarr dalam 6,7 orang. dan dalam 6,7 orang tuh biasernyer kalo muslimah, maka majoritinyer memakai tudung.

ok...fine...tuh tahun pertama....tahun kedua nanar tuh start.... ader yg terpaksa bukak untuk certain class...tahun ketiga....sayu rasa hati biler sorang2 terpaksa bukak tudung untuk continue study. utk makluman sumer, sebenarnya law yg menafikan hak pakai tudung nih sebenarnyer di praktikkan hanya kat sekolah2 rendah dan menengah saja.tapi atas alasan sekularisme agama adalah sesuatu yg peribadi...xyah nak tunjuk kat sumer orang), maka banyaklah institusi pengajian2 tinggi terutamanya dibawah subsidi kerajaan melarang sama skali pemakaian tudung.mangsanya....student2 islam termasuklah beberapa org student pompuan malaysia nih.

alhamdulillah...aku, asma dan seri terselamat, walaupun pada awalnyer kami diberi amaran dan ditegur beberapa kali..kitorg try wat derk jek..tapi setakat ini, untuk kami ALLAH mudahkan jalan.tapi bukan semudah itu kami terselamat. setelah abes berbaldi2 airmata, confidence yg turun naik, ambassador dan penaja yg x berdaya nak wat paper, kami terasa bersendirian.pedih tersiat rasanyer hati, biler xde sape yg boleh menolong.tinggal ALLAH tpt bermohon...dan baru tersedar skjap... biler tinggal berjauhan dgn famili, di tgh masyarakat yg haru biru, xder sape yg boleh bantu melainkn ALLAH dan saudara2 seislam.

mmg ditakdirkan ALLAH agaknyer... aku ditemukan rakan turki di colmar dahulu. dia berusaha mendapatkan nasihat guaman untuk aku... kami diberitahu agar tetapkan pendirian bertegas yg kitorg nih dah 20 tahun( adult, di france 18tahun) so kitorg ader hak untuk wat papejek.peguam muslimin berada di blkg kami, insyaAllah kalo dipaksa membuka tudung.

dan presiden persatuan muslimin france dan masjid paris sedia menolong..dan guru2(org french) yg bertoleransi...malah ader antara mereka yg bersedia backup kitorg kalo dipaksa bukak tudung.x henti2 aku menangis biler ternyata ALLAH sentiasa hadir untuk menolong dalam cara yg aku sama skali tidak tersangka. hidup di oversea bukan semudah yg disangka... bagi diorg yg nak enjoy...fine...tapi banyak nyer halangan sampai kdg2 aku rasa cam nak giveup.kengkdg mengeluh sendiri, kenapa diuji camni skali padahal niat aku ke sini hanya nak cari ilmu.

tersentak jap biler teringat firmanNYA,"jgn kau sangka kau beriman sedangkan kau belum diuji,"kepada penaja2 biasiswa ke oversea, dimohon tolonglah......kaji dulu situasi politik dan life student sebelum hantar student.teutamanya student pompuan... kepada student2 pompuan yg ingin memilih jalan senang untuk mempertahankan agama, JGN PILIH FRANCE.cukuplah kami jek yg sengsara...adik2 xperlu ulangi sumer nih.tapi apapun...perjuangan nih baru start....aku still ader 5 tahun lagik kat sini....doakan kami disini....jgn biarkan kitorg sendiri lagik....yakinkan kami yg islam akan terus mampu bertahan di muka bumi france ini...tqp/s: luahan hati nih xde niat untuk buruk2kan mana pihak. sekadar makluman untuk mereka yg masih prihatin"

Khat yang Indah


Subhanallah..lawanye khat nih
wut do u reckcon?? oppssss silap eja...reckon..setelah ditegur oleh Abu Zuhdi..hahhaha
Posted by Hello

Friday, June 03, 2005

Janji yang sering kita lupakan

Janji yang sering dilupakan ???

Dalam solat kita seharian, kita akan membaca doa iftitah (bagi yang baca) setiap kali sebelum kita membaca Al Fatihah pada rakaat pertama.

Namun adakah maksud doa iftitah itu kita fahami?
Di sini saya akan kongsi maksud bacaan tersebut. Semoga ada kebaikan daripada perkongsian ini.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Maksud Islam itu sendiri adalah menyerah diri, dan dalam doa ini kita sekali lagi memperbaharui janji kita dihadapan ALlah bahawa kita hanya menyerah diri hanya kepadaNYA.

Kita juga berjanji bahawa solat kita, ibadah kita, hidup kita, mati kita adalah untuk ALlah. Sejauh manakah kita menghayati janji kita ini??
Mungkin solat dan ibadat kita sememangnya kita niatkan untuk ALlah (ye la, utk sape lagi kalau bukan Allah..), namun adakah hidup dan mati kita untuk ALlah??

Jika "ya" jawapan kita, maka manifestasi terhadap jawapan tersebut bukanlah semudah mengungkapkan kalimah itu. Jawapan "ya" menuntut kita untuk menginfakkan seluruh masa, tenaga, buah fikiran dan segala-galanya yang ada pada diri ini untuk menegakkan kalimah ALlah yang maha tinggi "kalimatillaahil 'ulya". Jawapan "ya" itu juga menuntut kita untuk menafikan segala bentuk perbuatan yang diniatkan bukan kepada Tuhan Yang Esa.

Beberapa perkara yang mempunyai "HIGH PROBABILITY" untuk tidak diniatkan kerana ALlah :

1. Tengok "muvi"
2. Dengar lagu (termasuk sesetengah nasyid??)
3. Main game

Sekadar menamakan beberapa perkara, namun seandainya kita boleh melakukan perkara di atas kerana ALlah, itu adalah yang terbaik. Bagaimana? Jika tengok muvi, tengoklah muvi seperti "The Message", jika mendengar lagu, dengarlah lagu seperti "Marilah mencintai Tuhan". "Main game camne pulak??". Main game FIFA 2005 untuk mengeratkan ukhuwwah mungkin? Wallahua'lam.

Ingin saya ingatkan di sini, jika kita melakukan sesuatu yang jelas tidak syari'e, jelas kita tidak boleh niatkan kerana ALlah.

Berbalik kepada soalan tadi. Bagaimana pula seandainya jawapan terpacul keluar dari mulut kita adalah "tidak"??
Jika jawapan ini yang keluar dari mulut kita, maksudnya kita masih belum menghayati bacaan dalam solat kita sehari-hari dan inilah yang saya maksudkan dengan JANJI YANG SERING KITA LUPAKAN.
fikirkanlah........

Wednesday, June 01, 2005

Bangunlah!!!!

Sahabatku nuaym bersajak,

wahai muslim yang mempunyai mata,
lihatlah Al-Quds dirobek,dipijak,dikoyak,diragut sehingga ke saat ini
sesungguhnya darah muslim itu masih berharga
tiap titisan darah itu menambah hiba bumi yang berputar ini
terdetik perasaan hairan pada bumi,manusia ini makhluk perosak atau khalifah alam?

di manakah aqidah revolusioner yang sepatutnya bergabung dengannya?
lalu menangislah bumi dengan hiba,
diizinkan Pencipta 'alam...kemarau,taufan,banjir,ombak besar,jerebu,semuanya sudah bumi berusaha untuk mengejutkan jiwa yang masih enak dibuai mimpi indah sepanjang malam....
untuk menunjukkan pada jiwa yang masih berselimut perihal realiti alam...
di mana dan di mana?

wahai pemuda dan pemudi yang terdidik jiwanya di abad ini,
bertebaranlah kita di segenap pelusuk bumi membawa kalimah agung Pencipta,
bekalan memburu sang helang yang kehilangan jiwa rajawali
biar panas,hujan,sibuk,lapang,sihat,sakit,muda atau tua...
sentuhlah hati-hati yang masih sunyi,
biarlah cahaya iman dan islam menyusup di sanubari,jiwanya akan segar,'izzahnya pasti kembali
pecahkanlah belenggu kedegilan jahiliyyah,
bernaunglah di bawah islam yang suci !

SAA II

http://nuaym.blogspot.com/